Isnin, 9 Januari 2012

LIMA TEMA GEOGRAFI

1- Lokasi                        
2-Tempat (perspektif)
3- Interaksi antara manusia – alam sekitar
4- Pergerakan
5- Kewilayahan

LOKASI
       Lokasi di sini merujuk kepada sifat sesebuah tempat. Titik mula untuk semua kajian geografi dan tindakan spatial/ ruang. Selain itu lokasi juga turut menggambarkan dimana kita berada. Lokasi terbahagi kepada dua iaitu lokasi mutlak dan lokasi relatif.


Tempat (perspektif)
     Sesuatu tempat di permukaan bumi memiliki ciri-ciri budaya dan sifat-sifat fizikalnya tersendiri. Satu tujuan geografi ialah untuk mengkaji sifat-sifat istimewa dan makna sesuatu tempat. Pemahaman manusia terhadap diversiti berakar umbi pada tempat, jadi konsep ini penting untuk membawa pengalaman manusia ke dalam gambaran geografi.

Interaksi antara manusia – alam sekitar
    Dalam tema tiga ini melihat bagaimana kaitan antara manusia dan alam sekitar, di samping itu melihat juga kepada bagaimana manusia dan alam sekitar  memberi kesan kepada manusia dan alam sekitar. Terdapat dua konsep utama yang dapat menjelaskan dengan lebih lanjut lagi tentang perhubungan yang wujud anatara manusia dan alam sekitar iaitu environmental determinism dan environmental possibilism.

Pergerakan
     Merujuk kepada pergerakan dari satu tempat ke tempat lain, terdapat tiga pergerakan utama di sini iaitu pergerakan manusia, maklumat atau idea dan barangan.  Bila ada pergerakan akan ada perubahan dalam kedudukan dan tempat. Pergerakan boleh berlaku dalam konteks local dan global dan juga boleh berlaku dalam kehidupan seharian.


Kewilayahan
   Wilayah boleh didefinisikan sebagai satu kawasan alam sekitar fizikal yang mempunyai persamaan rupa bentuk serta di dalamnya berlaku proses pembangunan fizikal yang berkaitan dengan kehidupan manusia dan membentuk satu keseragaman ekonomi dan struktur sosial. Boleh kelompokan tempat berdasarkan ciri-ciri yang seragam wujud antara wilayah dan kesalingbergantungan antara wilayah. Terdapat tiga bentuk wilayah iaitu
1-wilayah formal
2-wilayah berfungsi
3-wilayah vernacular




Tiada ulasan:

Catat Ulasan